MAmpukAh UNtuk MELAkukANNya
jadi orang tu biar benar ngak
xpaham budak2 sekarang nie
rahmat ujian
perkara yang takut ku lakukan
Hidup Bersilaturahim Satu Perintah Agama
Amalan jimat dengan membazir ketika mengadakan majlis-majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran kelahiran cahaya mata, majlis khatam al-Qur'an, kenduri arwah dan sebagainya. Sehingga kita sekadar membesar-besarkan yang sunat, tetapi terlupa yang wajib atau melihat kecil perintah yang wajib. Semoga kita dapat sama-sama menerapkan ajaran Islam secara lebih baik dan berkesan dalam kehidupan kita, keluarga, rumahtangga, anak-anak dan masyarakat Islam seluruhnya. Kerana Islam itu adalah agama tertinggi, mudah dan terbaik bagi orang-orang Islam dan beriman. Maka marilah kita menggunakan ajaran Islam ini dalam kehidupan kita seharian dan bersilaturrahim, insya-Allah s.w.t hidup kita akan lebih diberkati dan dilimpahi rahmat Allah s.w.t. |
fianl??..dah habis dah
kwn ,.....kenpa nk pikir dye lg......!!!
FinAL....
BACE lah wahAI KAUM ADAM harab KAU MenGERti
Untuk merasai persis perasaan ibu,
Pasti takkan ku mampu kerana dia seorang ibu,
Sedangkan aku belum merasainya.
Adam...
Andai kau fikir isteri dan anak,
Adalah amanah buatmu.
Maka kau juga harus ingat,
Ibu mu juga adalah tanggungjawab,
Selagi hayat mu.
Lupakah kau amanat junjungan?
"Siapa yang perlu kau taat selepas Allah dan rasul?"
"ibumu" "selepas itu?" "ibumu" "selepas itu?" "ibumu"
Sedang nabi memuliakan ibu,
Siapakah kau untuk abaikan dia begitu?
Adam...
Tahukah engkau,
Ibu mu tetap yang utama,
Meskipun kau sudah beristeri tiga.
Ibu mu bukanlah sangkar lebah,
Habis kau tagih madunya seusia kecilmu,
Dan sisanya kau buang entah ke mana.
Adam...
Ibu mu adalah insan mulia,
Yang membawamu bersamanya 9 bulan,
Yang bertarung nyawa melahirkanmu.
Dia yang mendengar esak tangismu,
Dialah yang mengajarmu erti hidup,
Apakah tuba hadiah bermakna?
Adam...
Jangan benarkan.
Kisah al-qamah berulang,
Sayangilah ibu mu,
Kasihilah ibu mu,
Kerana di situ letaknya syurga mu,
Bukan di bawah telapak kaki isteri mu.
Adam...
Maafkan aku terkasar bahasa,
Mungkin aku terlalu emosi,
Kerana aku juga anak ibu,
Dan ku tak mahu ibu derita lagi.
Bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu,
Cuma fikirku kau mungkin lupa,
Tentang apa yang sepatutnya kau lakukan.
