Allah Menjaga Maruah dan Hak Wanita Melalui Agamanya


Setelah berada dalam kejahilan, masyarakat Arab adalah masyarakat yang mula-mula sekali menerima cahaya Islam. Muhammad SAW yang menerima risalah kenabian selepas Isa A.S merupakan satu hadiah dan nikmat Allah yang paling besar untuk seluruh alam. Baginda diutuskan menjadi Nabi di tengah-tengah kelompok masyarakat yang sudah sakit hati nalurinya juga fitrahnya sebagai seorang manusia.

قال الله تعالى : وما أرسلناك الا رحمة للعالمين

" Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam "

(Surah Al-Anbiya', ayat 107 )

Jesteru, Islam tersebar ke seluruh pelusuk negara Arab. Bahkan ketika dakwah Nabi dijalankan secara terbuka di Mekah, masyarakat yang dahagakan petunjuk datang dari dalam dan luar Mekah. Sehingga akhirnya Nabi Muhammad SAW menghantarkan Mus'ab Bin Umair untuk ke Madinah bagi mengajarkan ilmu agama. Datangnya Islam tentunya membawa kebahagiaan dan harapan baru pada diri masyarakat Arab ketika itu. Lebih-lebih lagi golongan wanita yang hidup mereka umpama barang gadaian ketika di zaman Jahiliyah sebelumnya. Islam mengangkat martabat wanita dengan setinggi-tingginya tanpa wujud penganiayaan. Wanita menjadi simbol kecantikan dan keindahan dunia, bahkan ia lebih baik dari seluruh dunia dan isinya.

قال النبي : الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

Sabda Rasulullah SAW : "Dunia adalah bahan keseronokan, dan sebaik-baik keseronokan dunia adalah perempuan yang soleh" ( Hadith riwayat Muslim )


Bagaimana sebenarnya Islam mengangkat martabat dan kemuliaan seorang wanita? Juga di manakah keistimewaan seorang wanita di sisi Islam? Persoalan sebegini selalu ditimbulkan dan jawapan serta penghujahannya pasti mampu membuatkan mata tidak buta, hati tidak mati.


PEMINANGAN





Jika diteliti di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah, ternyata banyak sekali perintah atau galakan-galakan juga tips-tips untuk memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri. Walaupun secara tidak langsung, ia juga sebenarnya adalah tips-tips untuk memilih seorang lelaki untuk dijadikan suami.

1- قال النبي : تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسابها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Maksudnya : Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara : harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu pasti beruntung. ( Hadith riwayat Bukhari )

2- قال النبي : عليكم بالأبكار فانهم أعذب أفواها وأنتق أرحاما وأرضى باليسير

Maksudnya : Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda kepada kehidupan yang susah. ( Hadith riwayat Ibn Majah )

3- قال النبي : ولا يخطب الرجل على خطبة أخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب

Maksudnya : Seorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudara (muslimnya ) sehinggalah dia meninggalkannya ( membatalkan pinangan ) atau dia mengizinkan peminangan itu. ( Hadith riwayat Bukhari ).

4- قال الله تعالى : وانكحوا الأيمى منكم والصلحين من عبادكم ماإمائكم

Maksudnya : Dan berkahwinlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu dan hamba
sahaya lelaki dan hamba sahaya perempuan yang soleh ( Surah An-Nuur, ayat 32 )


Ayat Al-Quran dan hadith-hadith diatas sedikit sebanyak memberi petunjuk atau 'guideline' kepada umat manusia tentang pemilihan pasangan hidup masing-masing. Secara ringkasnya antara ciri wanita yang disarankan oleh Rasulullah SAW ialah yang beragama, solehah, menuturkan kata-kata yang baik, redha kehidupan yang susah bersama suami dan bukan lah tunangan orang lain. Bila dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah memberi satu kelebihan kepada goongan lelaki kerana berhak memilih hanya yang 'baik-baik' untuk dijadikan pasangan mereka. Tetapijika dilihat dengan iman dan taqwa, ciri-ciri yang disenaraikan umpama satu nasihat daripada Rasulullah kepada para wanita di muka bumi agar memelihara kehormatan diri dan berusaha menjadikan diri hamba terbaik di sisi Allah. Ini kerana perkahwinan itu bukanlah ikatan yang terjalin sesama manusia, tetapi ia juga titi yang membawa wanita kepada Allah SWT. Golongan wanita pula perlu menyedari kebaikan yang dibina dan dibentuk dalam diri bukanlah kerana ingin memenuhi ciri-ciri di atas, akan tetapi ia adalah memenuhi tuntutan dan perintah Allah dan RasulNya.

PERKAHWINAN





Seperti yang telah disebutkan di atas, perkahwinan juga merupakan titi yang membawa wanita kepada Allah SWT. Justeru di dalam perkahwinan, Islam telah menggariskan keutamaan bagi golongan wanita demi menjaga maruah dan kehormatannya sebagai perhiasan dunia.

1- Wanita berhak ke atas perkahwinannya

قال النبي : لا تنكح الأيم حتى تستأمر ولا تنكح البكر حتى تستأذن قالوا يا رسول الله وكيف إذنها قال أن تسكت

Maksudnya : Janganlah kamu mengahwinkan janda melainkan setelah mendapat keputusannya. Jangan kamu mengahwinkan anak daramu melainkan setelah kamu meminta izin daripadanya. Sahabat bertanya : Ya Rasulallah, bagaimanakah dia mengizinkannya? Baginda menjawab: dia diam. ( Hadith riwayat Muslim )

2- Wanita berhak ke atas mas kahwin ( mahar ) perkahwinan

قال الله تعالى : وءاتوا النساء صدقاتهن نحلة

Maksudnya : Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.( Surah An-Nisa', ayat 4 )

قال الله تعالى : فلا تأخذوا منه شيئا أتأخذونه, بهتنا وإثما مبينا

Maksudnya : Maka janganlah kamu mengambil sedikit pun daripada harta itu. Patutkah kamu
mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan ( menyebabkan dosa ) yang nyata. ( Surah An-Nisa', ayat 20 )

3- Wanita berhak mendapat perlindungan

قال الله تعالى : أسكنوهن من حيث سكنتم من وجدكم ولا تضآروهن لتضيقوا عليهن

Maksudnya : Tempatkanlah isteri-isteri ( yang menjalani edahnya ) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti
mereka ( di tempat itu ) dengan tujuan kamu hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu ). ( Surah At-Talak, ayat 6 )

قال الله تعالى : وعلى المولود له, رزقهن وكسوتهن بالمعروف

Maksudnya : Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. ( Surah Al-Baqarah, ayat 233 )

4-Islam mengajarkan wanita menuju syurga

قال النبي : أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجتة

Maksudnya : Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda kepadanya, dia akan memasuki syurga. ( Hadith riwayat Tirmizi )

قال النبي : والذي نفسي بيده ما من رجل يدعو امرأته إلى فراشها فتأبى عليه إلا كان الذي في السماء ساخطا عليها حتى يرضى عنها

Maksudnya : Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya! Seorang lelaki yang
mengajak insterinya ke tempat tidur tetapi dia enggan, penghuni langit akan marah kepadanya
sehinggalah suaminya reda kepadanya. ( Hadith riwayat Bukhari )


Terdapat banyak lagi bukti dan dalil di dalam Al-Quran dan Hadith Nabi yang menunjukkan betapa wanita diangkat tinggi oleh Allah di dalam Islam. Jangan dinilai ia dengan mata kasar, tapi nilailah ia dengan iman dan taqwa. Jika diberi keizinan oleh Allah SWT, saya akan cuba menyambung topik ini dengan menunjukkan dalil-dalil tentang kemuliaan wanita dalam aspek yang lain selain pertunangan dan perkahwinan. ( Ini pun sebab nak exam Fiqh Usrah, sebab tu saya mengambil kedua aspek ini ). Semoga tulisan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua. Segala-galanya dari Allah SWT. Wallahua'lam..

وما جعل عليكم في الدين من حرج

" Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan susah payah dalam perkara-perkara agama..." Surah Al-Haj, ayat 78

Titipan Buat Wanita



alt

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja,
biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

SELAMAT MALAM KEKASIH, AINA EMIR


PDF Print E-mail


selamat-malam


Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan

begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja

melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk

setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan

Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.

Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak

membuang masa lagi.

Masa bace novel nie...rase nk belasah je papa si maya nie...sian si maya nie...

maya pun ade cita2 taw..

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah

papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri

daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk

diletakkan dalam senarai calonnya.


Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya.

Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya,

sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu

menambat hati

Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana

niat Abang Izz diraguinya.

Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting

buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti,

dia semakin terbeban.


Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu

menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?

yerp.... nileah laki idaman ku...nggee~~~ best giler...romantik...=) rugi kalau x bace...


Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya,

atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?

nak tahu ke?? g lah beli...rugi plak kalau saya berceriita...


Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini.

Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran

dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.


ape2 pun novel nie sgt2 best... sesuai untk remaja...tp sekadar bace ok...

Melaka orhhh Melaka =)

seronok bagat deh.... suka sgt2..
bila di beri peluang untuk jalan2..

nie lah perjalanan ku ...=)
kul 1 gerak.....1 thari taw... bkn 1 pagi...so kul bp dh mahu balik nie...=(???
jwp nyer lambat lah kan...kalau dh kul 1 thari bru pergi kan....=)
kul 2 pagi bru aku smpai umah....sgt seronak...
lagi2 bila dpt berjalan bersama mereka nie...
thanks a lot =)


huhhuuu.........
kami berjalan2 di bandaraya MELAKA....
then kami pergi bersolat di masjid SELAT MELAKA...wah...
jauh deh... tp masjid tu lawa sangat2.... nyaman je solat di situ...=)

indah kan masjid ini...


kemudian
kami bergerak g makan....
perh...

makan ape yer
ikan bakar ...
sedap...
akhirnya kami pulang....
setiba di rumah kul 2pagi...
best...
thanks you all
=)

bila hati mula berfikir " KAWAN SEJATI"



Betul ke dye kwn sejati??
tp dulu pernah dye ckp kami kwn sejati...
sedihnyer hati bile teringat kenangan bersamanya..='(
aq thu kami cuma kawan ... tak lebih...

tahu aku xkan boleh bersama dengannya lagi tok selamanya...
tahu yang aku mmg jauh beza dari dye
tahu aku xkan pergi ke masa lampau...
tahu yang umur kami makin dewasa..
tahu aku kena terima hakikat yang aku xkan dapat balik dye...

='(
kehidupan dye bersama teman kadang kala buat aku cemburu..
mungkin kerana aku sayang dye...dye lah tempat aku
mengadu..
tapi buat seketika masa aku terasa dye bukan untuk aku lagi..
cara dye dah xmacam teman yang dulu..
or
aku shaja yang terase..
tp
xmungkin..
aku namapak benar berubahan nya
...
Ya ALLAh...
Tika kau hadiahknaku sahabat..
kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-MU..
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku..
kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman perjuanganku..
peniup semangat jihadku..
Saling membantu memikul amanah dakwah agama-MU..
Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas Redha-MU..
Teguhnya atas cinta pada-Mu..
Dilindungi dari maksiat dah hal2 yang melalaikan kami dari mengingati-MU..
Ya ALLAh..
bahagiaknanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepada-Mu