Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan
begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja
melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk
setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan
Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.
Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak
membuang masa lagi.
Masa bace novel nie...rase nk belasah je papa si maya nie...sian si maya nie...
maya pun ade cita2 taw..
Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah
papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri
daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk
diletakkan dalam senarai calonnya.
Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya.
Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya,
sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu
menambat hati
Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana
niat Abang Izz diraguinya.
Tapi kenapa pula?
Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting
buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti,
dia semakin terbeban.
Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu
menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?
yerp.... nileah laki idaman ku...nggee~~~ best giler...romantik...=) rugi kalau x bace...
Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya,
atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?
nak tahu ke?? g lah beli...rugi plak kalau saya berceriita...
Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini.
Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran
dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.
ape2 pun novel nie sgt2 best... sesuai untk remaja...tp sekadar bace ok...
No comments:
Post a Comment
komen jom