SeLaNgKaH mEnUjU tUhAn.

.


Selangkah demi langkah kaki ku melangkah,
Sedetik demi detik masa ku lalui,
Adakah masih ada waktu untuk ku insafi,
Atas segala dosa-dosa ku yang menghantui…

Tuhan…tiada ungkapan mampu ku lafazkan,
Tiada rintihan mampu ku ungkapkan,
Kerana diri ini terlalu malu untuk meminta,
Kerana diri ini terlalu banyak mengadu padaMu…

Tuhan…terlalu banyak telah Kau berikan,
Tapi…Engkau tidak pernah meminta imbalannya,
Mengapa? Kerana Kau memiliki segalanya,
Kerana Engkau pemilik segalanya…

Tuhan…benarkan aku menggapai cintaMu…
Benarkan aku merasai nikmat mencintaiMu…
Benarkan aku menyelami kasih sayangMu…

Aku lemah tanpa redhaMu…
Aku jatuh tanpa belaian kasih sayangMu…
Pimpinlah aku menggapai cintaMu…
Pimpinlah aku menyelami dasar cintaMu…

Semoga dengan cinta itu,
Aku bisa berdiri kembali,
Menjadi pejuang syahid abadi…

SKUAD NAHI MUNGKAR

Assalamualaikum...=]
lame gak ak x post kt blog nie sbb kerana terlalu bz waktu skrg nie....
Alhamdulillah... tbe2 rase mcm nk menaip sumthing yg ak pendam2...

kisah nie berlaku didalam kereta uncle hisyam ( ameer sab) semasa
perjalanan ke klinik yg berdetail..
KLINIK FITRAH
217, Batu 6 1/2, Jalan Meru,
Pekan Meru, 41050, Klang.

time dalam keta 2...
kitorg pown borak2 lak..
uncle hisyam nie layan je ak cter pasal gurl2 yg ak suka..
cter pasal ade org yg ak nk ajak kawen la..
n plg best cter ade dak gurl ajak ak kawen.....
act.. ak tahu.. uncle hisyam nie xpown suka ak cter bde2 mcm nie
sbb percakapan nie mcm leyh lemahkan iman..
kan gurl nie fitnah plg besar...
tp.. kerana sifat iqram muslimin ( memuliakan org islam) dier pown
dengar je gn teliti setiap crita2 ak, sbb xnk ak sedeyyh..
ak tgk muka uncle hisyam mcm nk ckp sumthing je..
""cukup2 lah 2 abib, kamu 2 kecik lg... asyik ckp pasal kawen je, cubelah
kebesaran ALLAH ke... 2 kan lg bagus'''..
tp xtaw lah time 2 ak kenape..
taksub sngt gn gurl.... Ya ALLAh jauhkanlah diri ak dari fitnah wanita..

perjalanan blik ke salah satu surau kt kg kerayung masih jauh...
perbualan masih diteruskan..
smpai depan masjid besar MERU..
uncle hisyam menunjukkan tangannya ke arah satu BENA..
BENA 2 digangtung gah ...
diatas BENA 2 terpampang berape2 lelaki yang tengah berdiri sambil
meletakkan tgn bersimpul ( nak tunjuk garang lah)..
dan diatas bena 2 tertulis..
SKUAD NAHI MUNGKAR.............

perbualan time 2...( dialog lebih kurang)
uncle hisyam = habib cube tgk kt bena.. SKUAD nahi mungkar.. agak2 ape
function skuad nie eyh?
habib = tah la... ape lagi.. tok org tangkap org wat sexs la....
uncle hisyam = kan2.. dah agak da.. ko msti ckp bnde 2.... smbil jeling ak..
2 lah an.. asal mungkar je. msti org ingt sexs (bersetubuh tanpa
akad nikah ) je an...
habib = urm....=] senyuman la..... malu sbb dier tau msti otak ak kotor
uncle hisyam = 2 lah an. org sekarang dah salah paham.. ble ckp pasal nahi
mungkar.. msti org ckp pasal sexs an.. then yang xpakai tudung 2
bukan mungkar ke?????
habib = btol gak an..
uncle hisyam = then laki2 yang dengar bunyi azan x g masjid bukan mungkar
keee????
habibb = urm.. xtaw lah nk jawab...(korg jawab la taw...)
uncle hisyam = 2 lah an... padahal sexs 2 dah kemuncak maksiat( mungkar)..
asal lah org nk ubah yg kt puncak je.. asal xnk cegah dari mula.2..
macam cegah kawan kt fb ke.. msg2 kt fon ke.. cegah dari pegang
tangan ke...sume2 lah...(muka geram..
habib = urm.. ak pown same je..
uncle hisyam = 2 la kan.. bnde ni ibarat pokok la...
org nampak kat puncak pokok 2 , daunnya rosak..
so org nak senang. org potong je lah daunnya..
tp kan. nape org xnk btollkan akarnya??
nape org xnk jage akar dier elok2??
habib = tah la .. sbb nya xtaw( korg jawab la taw)..
uncle hisyam = sbb potong daun 2 senang n rase best...
tp nak baiki akar bukan senang..
kene mujahadah.. kene letak taik lah( baja taik kowt)..
kene siram air lah........
sbb 2 org xnk wat.. sbb susah....payah..
habib = btol gak.. kotog.....
uncle hisyam = mcm 2 lah jugak kehidupan kter nie..
buat sexs 2 umpama daun pokok 2 lah..
sexs 2 dah kemucak kepada maksiat..
n tahu x akar dier ape??
akar dier IMAN..... iman 2 lah akar bagi manusia..
nak wat usaha atas iman mmg lah susah..
kene mujahadah.. kene lawan nafsu..........
habib terdiam....................................korg pkirkanlah..

skuad nahi mungkar nie mmg wajib dilakukan..
tp an.. ak musykil...
nape kt BENA 2. just mention nahi mungkar...
mane pergi amar makruf??

ALLAH BERFIRMAN..
Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah"

hari jadi ke 20 bersama abang ku



Kali nie.... saya sambut hari jadi bersama abg dan family tersayang...



kek ke2...hheee...
kek yang dikongsi bersama abg ku tersayang =)

beramai-ramai kongsi potong kek...
hehheehe

ikan goreng....hhahaa...ikan nie xlaku..
lauk lain lagi sedap..

eerkk.... kuah untuk ikan bakar...

perh!! makanan saya....
tom yam...
sedap!

nie lah sayur....saya masak...nnggee~~~

nie masak asam pedas... sedap...

wah..............ade ikan bakar...=)

Kelebihan Surah AL-MULK

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat

antara kelebihan Surah Al-Mulk:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:”Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: ”Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: ”Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: ”Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: ”Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihioleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: ”Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”

so, jom amalkan Surah Al-Mulk selepas Isya’ atau sebelum tidur…

banyak manfaatnya tuh!

Hatiku Bersuara


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

hatiku bersuara....
tiada siapa yang mampu memahami..
tiada siapa yang mampu untuk mengerti...
pernah ku luahkan pada dinding yang membatu....
diam seribu bahasa.....
tak mengerti...
yang ada...cuma kulapuk2 pada dinding....
hatiku berbicara lagi...
ya Allah , hanya pada Mu tempat ku mengadu…
lapangkanlah hatiku Ya Allah…
agar ujianMu tabah ku tempuhi…
kenapa hatiku resah
apa yang cuba ku sampaikan..hati ini...semakin resah....sering teringat dosa-dosa semalam…dosa yang berulang…lemahnya aku,,nipisnya imanku.. Ya Allah baikkan hatiku yang sentiasa dilanda gelora amarah…kesabaran yang sentiasa hanyut dengan arus keegoan ...sungguh.. hatiku resah

Ulang Tahun Ke 20


wah...
mcm tak percaya je umur saya dah 20 tahun =)
abang2 dan kakak2 ku sekalian...
umur adik kamu nie dah 20 tahun okk....
=)

hheee... pagi2 saya dah di jamu dgn MD..
sedap..=)
thanks kak2 yang sudi smbut brtday saya

nie lagi sedap... terima kasih kak yana danish dan abg yol..
=)
sudi belikan kek untuk ncah
balik2 keje terus makan kek...
~~~~~hhehee~~~~

nie minuman tengah hari saya
jus buah-buahan

nie makanan tengah hari di hari jadi saya...
hhhuu...
agak nak muntah menghabiskan makanan ini..




* terima kasih banyak kepada yang sudi ucap dan sambut hari jadi saya *

Pesanan Untuk Suami dan Bakal Suami



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suamilepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain! Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH




Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita



andai lelaki tahu ...=)



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai

.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

rindu AYAH!!!


Wahai hati…. Bersabarlah kamu…ade hikmahnya ape pun yang terjadi…segalanya telah tertulis untuk mu…

Rindunya…rindu sangat nk mcam dulu..time kecik2… ayah hantar g sek belikan makanan…balik salam tangan ayah…ayah bagi duit belanja…tido dengan ayah..dengar ckp ayah… tapi sekarang ???

walaupun umur telh mencecah 20 lebih tapi ku rase hanya sampai umur ku 13 tahun sahaja ku rase kasihh syang dari sesorg ayah…hanya

gara2 seorng wanita…yang xde hati perasaan!! Xde rase kemanusiaan… umur dh nk ke kubur …tp pragai…nauzibillah…=”( … tika saat anaknya menjangkau umur 13 tahun…harapannya hanya satu….harap ayah dan keluarga tercinta memberi bimbingan dan tunjuk ajar…tp tatkala anak ini meminta merintih tiada sape pun dengar….hanya DIA je ketahui….Yang anak ini tahu… kena marah..tgk ibunya menangis…=”( YA allah mase tu rase dunia niee terlalu kejam!!!

Tapi orng selalu kata mcm mane pun peragai parnts kita,kita kena terima..tanpa mereka siapa lah kita didunia nie…tp wajarkah seorang anak dibiarkan tanpa bimbingan…tanpa tunjuk ajar…. Mungkin setengah orng kata ia…tapi bkn semuanya….

Marah ke ibuayah bila anak bersikap kurang sopan?? Salah sape? Ayah? Ibu ? atau anak?? Kadang2 anak berfikir… dia anak sape sebenarnya ?? wajarkan dye memberontak kurang sopan depan kedua orang tua nya?? Salahke dia?? Knp dia xdapat mcm kawan2 dye boleh dapat ?? Salah ke kalau anak jadi tak tentu hala bila tiada yng membri nasihat??? perlu ke dia persoalkan segalanya terhadap kedua orang tua nya?

Wahai anak… anak sudah mencecah 20 lebih… mungkin engkau mampu berfikir..terimalah segala dugaan dengan hati yang tenang… dengan hati yang sabar… ade lagi yang berat menimpa orang lain… walaupun kadang2 engkau ingin membandingkan dengan orng lain…lupakan jelah…ade yang lagi teruk wahai hati!!!

Kelebihan Surah AL-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
    dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

PROGRAM ADIK - ADIK KU




PROGRAM realiti, Adik-Adikku yang disiarkan sejak 18 Mac lalu mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan program realiti TV tempatan. Paling membanggakan apabila program berkenaan merekodkan jumlah hampir sejuta penonton sekali gus meletakkan program itu sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke-11 tahun ini.

Atas sambutan menggalakkan dan memenuhi permintaan penonton, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim
kedua
.

Program ini dilihat sebagai program alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata,
ia juga terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas.

Generasi hari ini sewajarnya dididik dengan sifat Rasulullah ketika zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat mulia dan berwibawa sekali gus dijadikan idola kanak-kanak hari ini.

Objektif rancangan ini adalah untuk memaparkan
karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang b
oleh dibina dalam diri kanak-kanak serta d
apat mendorong membentuk jati diri dan istiqomah dalam kepimpinan kanak-kanak.

Sesi uji bakat program Adik-Adikku musim Kedua sudah dijalankan di 14 lokasi di seluruh negara. Uji bakat ini dibuka kepada mereka berumur 8 hingga 12 tahun, dinilai da
ripada segi kepetahan berpidato, bertarannum, m
engalunkan azan (bagi peserta lelaki) dan bernasyid.Ada peserta yang menampilkan kelainan dengan membuat
persembahan seperti berzanji, marhaban, dan kalam jama’ie dalam menambat hati juri.

Program ini masih meneruskan konsep musim pertama iaitu berkonsepkan hiburan, pendidikan dan riadah. Persembahan p
idato yang ditugaskan kepada setiap peserta perlulah memenuhi elemen berikut iaitu mempunyai mesej yang disampaika
n
mengikut tema yang ditetapkan, jelas, persembahan gaya yang menarik dan terpulang kepada kebijaksanaan setiap Murabbi untuk mengasah bakat yang ada pada setiap peserta dan menggunakan kebolehan peserta yang ada untuk tampil berada di pentas Adik-Adikku.

Setiap pertandingan mempunyai penyingkiran peserta dan yang membezakan Adik-Adikku dengan program realiti lain adalah peserta yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti s
emua
aktiviti sepanjang di akademi sehingga tamat akademi.

Manakala, bagi aktiviti riadah pula, peserta d
idedahkan dengan tiga aktiviti yang sering diamalkan Rasulullah iaitu berkuda, memanah dan pada musim kedua ini ditampilkan aktiviti berenang
.
Sidang Media bersama adik-adikku
RTM
BTP
&
RAMAI LAGI
16 peserta program adik- adik ku...

7 orang peserta terakhir =)


suatu program yang sangat menarik...bkn sahaja ditonton oleh orang islam malah bukan islam juga menontonnya... segala peyampaiannya sangat memberi kesan..mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala uasaha mereka untuk terus menyambung dakwah dalam meyebarkan ajaran islam...