PROGRAM realiti, Adik-Adikku yang disiarkan sejak 18 Mac lalu mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan program realiti TV tempatan. Paling membanggakan apabila program berkenaan merekodkan jumlah hampir sejuta penonton sekali gus meletakkan program itu sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke-11 tahun ini.
Atas sambutan menggalakkan dan memenuhi permintaan penonton, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim
kedua
.
Program ini dilihat sebagai program alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata,
ia juga terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas.
Generasi hari ini sewajarnya dididik dengan sifat Rasulullah ketika zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat mulia dan berwibawa sekali gus dijadikan idola kanak-kanak hari ini.
Objektif rancangan ini adalah untuk memaparkan
karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang b
oleh dibina dalam diri kanak-kanak serta d
apat mendorong membentuk jati diri dan istiqomah dalam kepimpinan kanak-kanak.
Sesi uji bakat program Adik-Adikku musim Kedua sudah dijalankan di 14 lokasi di seluruh negara. Uji bakat ini dibuka kepada mereka berumur 8 hingga 12 tahun, dinilai da
ripada segi kepetahan berpidato, bertarannum, m
engalunkan azan (bagi peserta lelaki) dan bernasyid.Ada peserta yang menampilkan kelainan dengan membuat
persembahan seperti berzanji, marhaban, dan kalam jama’ie dalam menambat hati juri.
Program ini masih meneruskan konsep musim pertama iaitu berkonsepkan hiburan, pendidikan dan riadah. Persembahan p
idato yang ditugaskan kepada setiap peserta perlulah memenuhi elemen berikut iaitu mempunyai mesej yang disampaika
n
mengikut tema yang ditetapkan, jelas, persembahan gaya yang menarik dan terpulang kepada kebijaksanaan setiap Murabbi untuk mengasah bakat yang ada pada setiap peserta dan menggunakan kebolehan peserta yang ada untuk tampil berada di pentas Adik-Adikku.
Setiap pertandingan mempunyai penyingkiran peserta dan yang membezakan Adik-Adikku dengan program realiti lain adalah peserta yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti s
emua
aktiviti sepanjang di akademi sehingga tamat akademi.
Manakala, bagi aktiviti riadah pula, peserta d
idedahkan dengan tiga aktiviti yang sering diamalkan Rasulullah iaitu berkuda, memanah dan pada musim kedua ini ditampilkan aktiviti berenang.
Sidang Media bersama adik-adikku
RTM
BTP
&
RAMAI LAGI
16 peserta program adik- adik ku...
7 orang peserta terakhir =)
suatu program yang sangat menarik...bkn sahaja ditonton oleh orang islam malah bukan islam juga menontonnya... segala peyampaiannya sangat memberi kesan..mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala uasaha mereka untuk terus menyambung dakwah dalam meyebarkan ajaran islam...
No comments:
Post a Comment
komen jom