SeLaNgKaH mEnUjU tUhAn.

.


Selangkah demi langkah kaki ku melangkah,
Sedetik demi detik masa ku lalui,
Adakah masih ada waktu untuk ku insafi,
Atas segala dosa-dosa ku yang menghantui…

Tuhan…tiada ungkapan mampu ku lafazkan,
Tiada rintihan mampu ku ungkapkan,
Kerana diri ini terlalu malu untuk meminta,
Kerana diri ini terlalu banyak mengadu padaMu…

Tuhan…terlalu banyak telah Kau berikan,
Tapi…Engkau tidak pernah meminta imbalannya,
Mengapa? Kerana Kau memiliki segalanya,
Kerana Engkau pemilik segalanya…

Tuhan…benarkan aku menggapai cintaMu…
Benarkan aku merasai nikmat mencintaiMu…
Benarkan aku menyelami kasih sayangMu…

Aku lemah tanpa redhaMu…
Aku jatuh tanpa belaian kasih sayangMu…
Pimpinlah aku menggapai cintaMu…
Pimpinlah aku menyelami dasar cintaMu…

Semoga dengan cinta itu,
Aku bisa berdiri kembali,
Menjadi pejuang syahid abadi…

No comments:

Post a Comment

komen jom