Sudi kamu jadi teman sengsara?



Aku mencari tiap ketika

Yang sanggup menjaga ketika tiada daya

Yang sanggup menerima apa adanya

Yang sanggup menyapu air mata derita

Yang selalu berkata, duka kamu adalah hidup saya

yang selalu bersuara dikala pahit menjelma

yang sanggup mendengar bait – bait luka

paling ku damba..

yang selalu berjanji, sehidup semati sehingga syurga..

kamu tidak perlu kaya raya

kamu tak perlu tampan bak bidadara

kamu tak perlu mencintaiku sepenuh hati dan jiwa

aku tak perlukan itu semua..

kerana aku bukan yang pertama bertakhta di jiwa

hatimu untuk DIA, rasulNYA dan bonda

yang aku perlu kamu hanya berkata, aku mencintaimu kerana ALLAH jua..

aku yakin..bila kerana ALLAH bersemi cinta..

maka hidupku tak kan sia – sia..

kerana setelah aku menerima diri mu wahai putera agama...

di tangan kamu bertakhta masa depanku akhirat dan dunia..

Sebagai pemimpin jalan ke syurga atau neraka..

Aku ingin menjadi permaisuri matimu selama lama..

bukan hanya terhenti sebagai permaisuri hidupmu di dunia.

No comments:

Post a Comment

komen jom